←
Doa MasyairHaji & Umrah · Tabung Haji

Doa di sepanjang perjalanan

Teks Arab dan maksud bahasa Melayu, ditranskrip terus daripada kitab Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci terbitan Lembaga Tabung Haji.

Draf untuk semakan. Nombor halaman kitab dicatat pada setiap doa. Sila semak dengan ustaz / pembimbing sebelum dijadikan bahan rasmi.

Permulaan Safar

Doa Permulaan Safar (Perjalanan)

اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَأَنْتَ الْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالْأَصْحَابِ. اللَّهُمَّ احْفَظْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ آفَاتِ الدُّنْيَا وَعَاهَاتِهَا، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا بِرًّا وَتَقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَطْوِيَ لَنَا الْأَرْضَ وَتُهَوِّنَ عَلَيْنَا السَّفَرَ وَأَنْ تَرْزُقَنَا فِي سَفَرِنَا هَذَا سَلَامَةً فِي الْبَدَنِ وَالدِّينِ وَالْمَالِ، وَتُبَلِّغَنَا حَجَّ بَيْتِكَ وَزِيَارَةَ قَبْرِ نَبِيِّكَ ﷺ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالْأَصْحَابِ. اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِي جِوَارِكَ وَلَا تَسْلُبْنَا وَإِيَّاهُمْ نِعْمَتَكَ وَلَا تُغَيِّرْ مَا بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ مِنْ عَافِيَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Maksudnya

Ya Allah! Engkau teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai, Ya Allah! Peliharalah kami dan mereka dari keburukan dunia dan kerosakannya, Ya Allah! Sesungguhnya kami bermohon kebaikan dan taqwa dalam perjalanan ini dan juga amalan-amalan yang Engkau redhai, Ya Allah! Kami bermohon supaya didekatkan dan dimudahkan perjalanan kami dan kurniakanlah kami di sepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda, sampaikanlah maksud kami mengerjakan Haji dan mengunjungi Maqam Nabi-Mu, Muhammad SAW.

Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung dengan-Mu daripada segala mara bahaya di dalam perjalanan dan perkara-perkara yang mendukacitakan, jauhilah buruk pandangan pada kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai kami.

Ya Allah! Letakkanlah kami dan mereka sekalian di dalam peliharaan-Mu, janganlah Engkau lucutkan nikmat-Mu dari kami dan mereka, janganlah Engkau mengubahkan kesihatan yang ada pada kami dan daripada mereka wahi Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci (TH)
halaman 4–5

Ihram & Talbiah

Talbiah

Dibaca banyak-banyak semasa berihram Umrah dalam perjalanan ke Makkah, atau berihram Haji dalam perjalanan ke Arafah — seorang diri atau beramai-ramai dengan suara yang terang.

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لَا شَرِيكَ لَكَ.

Maksudnya

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.

Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci (TH)
halaman 7

Masjidil Haram

Doa ketika ternampak Baitullah

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ. لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، أَعُوذُ بِرَبِّ الْبَيْتِ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَضَيْقِ الصَّدْرِ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. اللَّهُمَّ زِدْ بَيْتَكَ هَذَا تَشْرِيفًا وَتَكْرِيمًا وَتَعْظِيمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًّا، وَزِدْ يَا رَبِّ مَنْ شَرَّفَهُ وَكَرَّمَهُ وَعَظَّمَهُ مِمَّنْ حَجَّهُ وَاعْتَمَرَهُ تَشْرِيفًا وَتَكْرِيمًا وَتَعْظِيمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًّا.

Maksudnya

Ya Allah, Yang Maha Agung, Ya Allah Yang Maha Agung, Ya Allah Yang Maha Agung.

Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau Ya Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Mu Engkau Tuhan yang memerintah segala sesuatu, bagi-Mu segala pujian dan Engkau Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu, aku mohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur dan sempit fikiran, rahmat Allah dan sejahteranya mencucuri ke atas Saidina Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, ketinggian dan kebaikan dan tambahkanlah kurnia-Mu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan Haji dan Umrah dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, ketinggian dan kebaikan.

Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci (TH)
halaman 11–12

Doa di Multazam

Selepas selesai tawaf, berdirilah di Multazam — antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah. Ia salah satu tempat mustajab berdoa.

اللَّهُمَّ يَا رَبَّ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ أَعْتِقْ رِقَابَنَا وَرِقَابَ آبَائِنَا وَأُمَّهَاتِنَا وَإِخْوَانِنَا وَأَوْلَادِنَا مِنَ النَّارِ. يَا ذَا الْبِرِّ وَالْجُودِ وَالْكَرَمِ وَالْفَضْلِ وَالْعَطَاءِ وَالْإِحْسَانِ. اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ. اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ، وَاقِفٌ تَحْتَ بَابِكَ، مُلْتَزِمٌ بِأَعْتَابِكَ، مُتَذَلِّلٌ بَيْنَ يَدَيْكَ، أَرْجُو رَحْمَتَكَ وَأَخْشَى عَذَابَكَ، يَا قَدِيمَ الْإِحْسَانِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنْ تَرْفَعَ ذِكْرِي وَتَضَعَ وِزْرِي وَتُطَهِّرَ قَلْبِي وَتُنَوِّرَ لِي قَبْرِي وَتَغْفِرَ لِي ذَنْبِي وَأَسْأَلُكَ الدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ. آمِينَ.

Maksudnya

Ya Allah Ya Tuhanku yang mempunyai Al-Baitil Atiq (Baitullah), bebaskan diri kami, diri bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, saudara-mara kami dan anak-pinak kami daripada neraka.

Ya Allah Ya Tuhanku yang mempunyai kemewahan, kemurahan, kelebihan kurniaan dan belas kasihan. Ya Allah Ya Tuhan! Perelokkanlah kesudahan dalam segala urusan-urusan kami dan jauhkan kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku ini hamba-Mu dan anak hamba-Mu, berdiri di bawah pintu-Mu berhadapan jenang pintu-Mu, merendah diri di hadapan-Mu dengan mengharapkan rahmat-Mu dan takutkan azab-Mu. Wahai Tuhan yang sentiasa bersifat ihsan, Ya Allah Ya Tuhan, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu supaya Engkau memuliakan sebutan namaku, gugurkanlah dosaku, bersihkanlah hatiku serta terangkanlah kuburku, ampunkanlah dosaku dan aku mohon kepada-Mu darjat-darjat yang tinggi di dalam syurga, Aamiin.

Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci (TH)
halaman 29–30

Mina

Doa di Mina

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بَلَّغَنِيهَا سَالِمًا مُعَافًى، اللَّهُمَّ هَذِهِ مِنَى أَتَيْتُهَا وَأَنَا عَبْدُكَ وَفِي قَبْضَتِكَ، أَسْأَلُكَ أَنْ تَمُنَّ عَلَيَّ بِمَا مَنَنْتَ بِهِ عَلَى أَوْلِيَائِكَ وَأَهْلِ طَاعَتِكَ. اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحِرْمَانِ وَالْمَعْصِيَةِ فِي دِينِي. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَأُمَّتِهِ وَسَلِّمْ. آمِينَ.

Maksudnya

Segala puji bagi Allah yang menyampaikan aku selamat dan afiat. Ya Allah, ini adalah Mina. Aku datang kepadanya Aku hamba-Mu dan dalam genggaman-Mu. Aku mohon kepada-Mu supaya Engkau kurniakan kepada aku dengan apa yang telah engkau kurniakan kepada wali-wali-Mu dan taat kepada-Mu. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada terdinding dan musibah pada agamaku wahi Tuhan yang bersifat Yang Maha Penyayang. Ya Allah, sejahterakan ke atas nabi-Mu Muhammad, keluarganya, sahabatnya dan umatnya. Aamiin.

Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci (TH)
halaman 84–85

Melontar Jamrah

Doa ketika melontar

بِسْمِ اللهِ، اللهُ أَكْبَرُ، رَجْمًا لِلشَّيْطَانِ وَحِزْبِهِ.

Atau baca doa ini

بِسْمِ اللهِ، اللهُ أَكْبَرُ، صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Maksudnya

Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar kepada syaitan dan pengikut-pengikutnya.

Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Besar, Tuhan yang tidak mungkin janji, Tuhan yang telah menolong hamba-Nya serta memperkasakan sekalian tentera-tentera-Nya dan menghapuskan segala seteru-seteru-Nya dengan keagungan-Nya. Tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, hamba-Mu tidak menyembah selain daripada-Mu dengan hati yang ikhlas kerana agama, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir. Selawat dan salam kepada Saidina Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci (TH)
halaman 86

Doa selepas melontar

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُورًا وَذَنْبًا مَغْفُورًا وَسَعْيًا مَشْكُورًا وَعَمَلًا صَالِحًا مَقْبُولًا وَتِجَارَةً لَنْ تَبُورَ.

Maksudnya

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah haji yang mabrur, dosa yang diampun dan usaha yang dipuji, amalan soleh yang diterima dan perniagaan yang tidak rugi.

Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci (TH)
halaman 87

Doa ringkas

Doa ringkas untuk dibaca semasa masyair

Sumber: Threads @alongsj — “Doa untuk Haji & Umrah” (siri 71–80), 2.9K suka

  1. 71. Ya Allah, jika aku belum pernah berdiri di Arafah, takdirkanlah aku berada di sana sebelum aku meninggal dunia.
  2. 72. Ya Allah, terimalah haji setiap jamaah yang sedang berdiri di Arafah hari ini, dan jadikan air mata mereka penuh makna di sisi-Mu.
  3. 73. Ya Allah, bagi mereka yang belum bisa berangkat tahun ini, berikan pahala atas kerinduan mereka dan harapan untuk dapat datang suatu hari nanti.
  4. 74. Ya Allah, jadikan aku termasuk hamba yang Engkau panggil sebagai tamu-Mu, baik di dunia ini maupun di akhirat nanti.
  5. 75. Ya Allah, bagi mereka yang sedang thawaf saat ini, jagalah setiap langkah mereka dalam rahmat-Mu.
  6. 76. Ya Allah, biarkan setiap doa yang dipanjatkan di Makkah hari ini sampai kepada-Mu tanpa penghalang.
  7. 77. Ya Allah, karuniakan aku kesempatan untuk umrah dan haji, serta mudahkan jalannya: dalam biaya, kesehatan, dan waktu yang tepat.
  8. 78. Ya Allah, anugerahkan kepada setiap jamaah haji haji yang mabrur dan kepulangan yang membawa perubahan baik dalam diri mereka.
  9. 79. Ya Allah, jadikan hatiku selalu menghadap Ka'bah meski tubuhku belum bisa berada di sana.
  10. 80. Ya Allah, apa pun yang tidak mampu kupinta untuk diriku sendiri, mintakanlah kebaikan itu untuk seluruh umat Islam.

Disimpan daripada post awam @alongsj. Ini doa bacaan peribadi, bukan petikan kitab rasmi Tabung Haji. Siri 1–70 tiada dalam post asal.